Pada saya tidak salah memasukkan jarum ke dalam urat-urat tangan untuk Vitamin C menjejaki seluruh badan! Pengalaman pertama kali mencucuk Vitamin C adalah ketika pada tahun 2005 di sebuah klinik di Jalan Pudu. Klinik yang ada segala macam ‘susuk’ itu telah diperkenalkan oleh rakan saya. Pada ketika itu memang semua orang gila nak mencucuk Vitamin C. Seakan-akan Vitamin C adalah cecair ajaib.Macam mana orang gila kolagen pada hari ni, macam tu la kegilaan Vitamin C.
I received a lot of interesting feedback, comments and questions when I told them I am going for Vitamin C injection!
i. Pendapat: Ada yang cakap berdosa cucuk Vitamin C. Tapi pada pendapat saya, suntikan ini tidak mengubah apa-apa keadaan semulajadi badan kita, konsepnya sama dengan makan Vitamin C tetapi kaedah ini ia terus ‘masuk’ ke dalam badan kita. Maafkan saya jika salah ye, pengetahuan agama saya sangat cetek … please correct me if I am wrong!
ii. Pertanyaan: bahawa Vitamin C selamat ke tidak. Jawapan saya ialah jika diambil mengikut nasihat doktor, insyallah selamat!
iii. Pertanyaan: – jenis suntikan Vit C. Sekarang ini setakat pengetahuan saya yang obses nak kulit secantik Awal Ashaari (he has a flawless skin!), ada beberapa jenis suntikan Vitamin C seperti jenis water based, oil based, Vitamin C with collagen dan sebagainya.
iv. Soalan: mahal ke nak cucuk vitamin C? Kos pula bergantung, daripada RM50 sehingga beratus-ratus ringgit.
v. Soalan: Bergantung kepada doktor… kali terakhir saya cucuk tidak sakit langsung!!! tapi pernah dengan sesetengah doktor tu memang sakit gila!
Sebenarnya dah lama saya tidak mencucuk Vitamin C sehinggalah kini. Rasanya dah masuk dekat 8 bulan tak mencucuk. Tetapi sejak akhir-akhir ini jerawat tiba-tiba bercambah serentak terutamanya di sebelah kiri pipi. Tak tau kenapa, nak salahkan hormon muda remaja, rasanya umur dah meningkat, cuma tidak monopos je lagi. Pada waktu ni, alhamdullillah jerawat sudah berhenti tumbuh tapi muka penuh dengan parut. Bagaiman nak hilang parut ni supaya saya cepat boleh pergi majlis tanpa rasa rendah diri?
Jawapannya ialah Mencucuk Vitamin C!
Saksikanlah aksi-aksi saya semasa dicucuk Vitamin C.
Masuk sikit-sikit dulu….
Mula-mula masuk, sakit sikit..
Dah masuk setengah, terasa sakit, maintain… sabar, sikit je lagi..
Dah masuk habis, masa ni sakit sikit..
Vitamin telah dimasukkan ke dalam badan
SEBENARNYA TAK SAKIT LANGSUNG…. TQ Doc…
This is my arm!
Suntikan Vitamin C dapat mempercepatkan proses menghilangkan parut tu. Saya tahu kerana saya telah mencubanya dan jika mengamalkannya secara konsisten, parut dapat dihilangkan dalam masa kurang sebulan. Tapi janganlah setiap hari nak cucuk kan, seminggu sekali cukuplah!
Antara kesan ketara suntikan Vitamin C ialah kulit kita lebih lembap dan nampak segar. Tapi ingat, kesannya tidaklah berkekalan, hanya untuk beberapa hari atau minggu.
Saya juga teringat kata-kata Ifa Raziah waktu orang tanya apakah kesan sampingan suntikan Vitamin C, jawapannya ialah “kita akan lebih cantik!”
Setakat ini saya hanya mencucuk Vitamin C sahaja, TIADA botox dan sebagainya. Kalau saya cucuk botox, I’ll let you know!
Lepas ni kalau ada yang tanya lebih-lebih, saya nak jawab macam Ifa Raziah jawab je!
No comments:
Post a Comment